Menu

Jtshopmarketing Jtshopmarketing Author
Title: Phyto Collagen Advanced 17x 19x Stem Cell Harga Murah Promosi Bagus untuk lelaki dan wanita
Author: Jtshopmarketing
Rating 5 of 5 Des:
Phyto Collagen Advanced 17x Stem Cell  diperkaya dengan kolagen marin, strawberi, blackcurrant dan sel stem epal yang terbukti keberkesanann...









Phyto Collagen Advanced 17x Stem Cell diperkaya dengan kolagen marin, strawberi, blackcurrant dan sel stem epal yang terbukti keberkesanannya untuk memelihara kecantikan kulit. Di samping membantu mencerahkan kulit, ia turut berupaya meningkatkan keanjalan dan keremajaan kulit anda.
Kolagen merupakan elemen yang penting untuk kecantikan kulit. Ia merupakan sejenis protein yang kaya dengan asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, di samping membantu meningkatkan keanjalan dan kehalusan kulit anda. Sifat antioksidannya membantu melambatkan penuaan kulit agar kulit anda kekal muda dan bermaya.
Namun begitu, kandungan kolagen di dalam tubuh kita semakin berkurangan seiring dengan peningkatan usia. Kesannya, kesan kedutan dan garis-garis halus serta kesan penuaan lain mula muncul pada kulit. Oleh sebab itulah, anda disarankan untuk mengambil makanan yang kaya dengan kandungan kolagen untuk melambatkan proses penuaan.

KHASIAT PHYTO COLLAGEN ADVANCED 17X STEM CELL

  • Memelihara keremajaan kulit
  • Meningkatkan kecerahan kulit
  • Melindungi kulit daripada kerosakan akibat pencemaran mahupun sinaran UV
  • Mengurangkan kesan kedutan, selulit dan garis-garis halus
  • Meningkatkan keanjalan kulit terutamanya di bahagian punggung dan payudara
  • Mengecilkan liang pori
  • Memperbaiki tona kulit agar lebih sekata
  • Mengekalkan kelembapan kulit
  • Menyingkir sel kulit mati agar kulit kekal halus
  • Mengatasi masalah kulit seperti jerawat, jeragat, parut dan kulit kusam

KANDUNGAN PHYTO COLLAGEN ADVANCED 17X STEM CELL

Strawberi: Strawberi kaya dengan khasiat dari sumber vitamin C dan asid elagik yang berperanan meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan pada kulit di samping kandungan asid salisilik yang berupaya membuang sel kulit mati dan mengecilkan pori-pori sekaligus menghaluskan lagi kulit. Di samping itu juga, strawberi turut membantu meningkatkan kecerahan kulit, menghapuskan cela pada wajah, merawat kesan alahan serta melindungi kulit daripada sinaran ultraungu (UV) yang mempercepatkan proses penuaan.
Blackcurrant: Blackcurrant sarat dengan kandungan anthocyanin yang merupakan agen antioksida yang bertindak mencegah proses penuaan kulit manakala kandungan Omega-3 mampu mengekalkan kelembapan kulit serta mengatasi masalah kulit seperti radang dan kegatalan. Selain turut membekalkan tenaga kepada tubuh badan, blackcurrant juga kaya dengan kandungan vitamin C dan magnesium yang membantu menyegarkan tubuh badan dan menyihatkan kulit.
Delima (Pomegranate): Delima mengandungi mengandungi anthocyanin dan tannin hidrolisis yang merupakan agen antioksida yang berfungsi menyahtoksin seterusnya membantu mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan kulit dan serangan kanser kulit. Selain membantu menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit yang sihat, delima juga mampu memperbaiki tekstur kulit, meningkatkan keanjalan dan kecerahan kulit, serta mengatasi masalah seperti kedutan dan garis-garis halus.
Acai: Beri Acai kaya dengan nutrien dari sumber vitamin A, C dan E serta bersifat antioksidan yang mampu mengurangkan kesan radikal bebas sekaligus membantu mencegah daripada penuaan dan kerosakan sel di samping membantu memperbaiki tona kulit agar lebih sekata. Selain itu, Acai turut membantu mengatasi masalah jerawat, menyingkir kesan parut, dan menyerlahkan seri kulit.
Kolagen Marin Terhidrolisis: Gelatin atau kolagen larut air mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Ia bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan pada kulit yang terluka, selain membuang lemak berlebihan dari tubuh, memelihara sel dan meningkatkan tahap metabolisme tubuh badan.
Asid Askorbik (Vitamin C): Vitamin C yang turut dipanggil asid arkobik ini sering terkandung di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran serta tinggi kadar antioksidan yang berperanan menyingkirkan toksin dari tubuh badan dan meneutralkan kesan radikal bebas sekaligus berupaya mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan kulit.
Tremella Fuciformis: Kulit putih mula ditanam di China pada kurun ke-19 dan sering digunakan sebagai bahan kosmetik oleh wanita di negara itu selain di Jepun untuk mengekalkan kelembapan kulit. Kulat putih bersifat antioksidan yang mampu menentang radikal bebas di samping turut membantu menghilangkan kedutan dan garis-garis halus pada kulit untuk menyerlahkan keremajaan wajah.
L-Carnitine: L-Carnitine merupakan sejenis asid amino yang kaya dengan antioksidan yang berperanan mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan. L-Carnitine juga berupaya memelihara kehalusan dan ketegangan kulit di samping membantu mengurangkan kesan selulit, kedutan dan garis-garis halus.
Biji Anggur: Ramuan ini mempunyai kualiti astringen yang tinggi dan mampu menegangkan kulit wajah selain membantu mengekalkan kelembapan kulit, mengatasi masalah jerawat dan melindungi kulit daripada pancaran radiasi ultraungu (UV) sekaligus memelihara kulit daripada kerosakan dan proses penuaan.
Sel Stem Epal: Buah epal yang bertindak sebagai agen antioksida ini sememangnya kaya dengan pelbagai khasiat vitamin A, C, B1, B2, B3, B5 dan B6 yang berperanan menyahtoksin, meningkatkan kehalusan, kelembapan dan kecerahan kulit, serta merawat masalah seperti parut, jerawat, jeragat, kulit kusam serta kedutan dan garis-garis halus pada kulit. Epal juga sarat dengan folat yang menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang baru dan sihat di samping menyerlahkan keremajaan kulit.
Mutiara: Mutiara berupaya meningkatkan kecerahan kulit di samping melindunginya daripada pancaran radiasi ultraungu yang boleh mengakibatkan kerosakan dan serangan kanser kulit. Selain membantu mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit, mutiara juga mampu mengatasi masalah kegatalan serta mengurangkan kesan garis-garis halus dan kedutan.
L-Glutathione: Sejenis asid amino yang juga dipanggil Gluta ini berperanan sebagai anti-oksida yang paling berkesan untuk mencantikkan kulit. Ia terbukti mampu mengatasi masalah kulit yang kemerahan, bersisik dan kering di samping membantu mempercepatkan pemulihan luka. Di samping itu, Gluta turut berupaya menyahtoksin dan meneutralkan radikal bebas sekaligus membantu menentang proses penuaan dan kerosakan sel.

CARA PENGGUNAAN PHYTO COLLAGEN ADVANCED 17X STEM CELL

  1. Bancuh 2 sudu Phyto Collagen Advanced 17x Stem Cell bersama 120 ml air sejuk.
  2. Kacau hingga larut dan sedia untuk dinikmati.
  3. Ambil setiap kali sebelum sarapan pagi dan sebelum waktu tidur.
  4. Simpan di tempat yang dingin dan kering.

Advertisement

Post a Comment

 
Top