Krim Mahkota Rambut Berherba & Kolagen
Krim Mahkota Rambut Berherba & Kolagen merupakan produk keluaran Jamu Jelita yang menggabungkan kebaikan kolagen bersama sumber botani seperti daun Neel dan biji betik yang kaya dengan kandungan vitamin, mineral dan protein yang tinggi untuk kecantikan rambut. Amalkan setiap hari bagi mendapatkan rambut yang lebih lebat, halus dan bermaya.
KEBAIKAN KRIM MAHKOTA RAMBUT BERHERBA & KOLAGEN
- Merawat rambut yang bermasalah
- Memelihara kelembutan dan kecantikan rambut anda
- Menjadikannya lebih subur dan bermaya
- Membantu mengatasi masalah rambut gugur
- Menguatkan rambut dari akarnya
- Merawat masalah kelemumur dan kegatalan
- Menyerlahkan warna sebenar rambut
- Mengatasi dan mengurangkan penampilan uban
- Mengatasi masalah rambu bercabang
- Mengekalkan kelembapan rambut dan kulit kepala
- Memelihara kesegaran rambut dan kulit kepala
- Memulihkan kerosakan rambut akibat pencemaran udara mahupun bahan kimia
KANDUNGAN KRIM MAHKOTA RAMBUT BERHERBA & KOLAGEN
Air: Air bukan sahaja baik untuk kesegaran tubuh serta kecantikan kulit, malah turut berperanan penting untuk menyihatkan kulit kepala dan rambut anda. Ia bertindak memelihara kelembapan rambut dan kulit kepala di samping membantu menyihatkan rambut dari akarnya.
Dimethicone: Merupakan sejenis minyak silikon, Dimethicone berupaya menghaluskan rambut dan kulit kepada di samping mengekalkan kelembapan kulit kepala dan rambut anda.
Alkohol Stearyl: Sebatian organik ini merupakan sejenis lemak yang berfungsi sebagai bahan pelembap bagi mengatasi masalah rambut dan kulit kepala yang kering di samping bertindak sebagai bahan pengemulsi bagi melarutkan ramuan di dalam produk ini seterusnya menggalakkan keberkesanannya.
Alkohol Cetyl: Alkohol cetyl terhasil daripada lemak haiwan mahupun sayuran serta bertindak mengawal masalah minyak pada rambut dan kulit kepala di samping membantu mengekalkan kelembapannya.
Paraffinum Liquidum: Selain bertindak melindungi kandungan produk ini daripada kerosakan, sebatian yang terhasil melalui proses penyulingan petroleum ini bukan sahaja baik untuk merawat masalah kulit kering, malah turut berupaya mengekalkan kelembapan dan kelembutan rambut.
Gliserin: Gliserin atau glycerol merupakan sebatian organik yang boleh diperoleh daripada lemak haiwan mahupun sayuran. Ia berfungsi sebagai emolien yang berupaya mengekalkan kelembapan dan kehalusan rambut dan kulit kepala.
Alkohol Denat: Alkohol denat bertindak sebagai bahan pelarut di samping membantu mencegah produk ini daripada kerosakan.
Hydroxypropyl Methylcellulose: Sebatian ini merupakan bahan penstabil yang berfungsi menyatukan ramuan di dalam produk ini bagi menggalakkan keberkesanan produk ini.
Guar Hydroxypropyltrimonium Chloride: Bahan yang diperbuat daripada gam guar atau guaran ini membantu mengatasi masalah rambut kusut di samping memelihara kelembapan rambut dan kulit kepala.
Tetrasodium EDTA: Ramuan ini berperanan sebagai bahan pengawet bagi mencegah serangan dan pembiakan mikroorganisme seperti kulat dan bakteria seterusnya memelihara isi kandungan produk ini di samping membantu memelihara kehalusan rambut dan kulit kepala.
Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan tubuh badan termasuklan rambut dan kulit kepala. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan rambut serta kulit kepala. Kolagen juga bersifat antioksidan dan berupaya melebatkan rambut di samping menjadikannya lebih bermaya dan bersinar.
Panthenol:Panthenol atau lebih dikenali sebagai vitamin B5 sering terkandung di dalam produk penjagaan rambut dan berperanan mengembalikan kelembapan dan mengukuhkan rambut di samping memperbaiki rambut yang rosak, merawat hujung rambut yang bercabang dan menyerikan lagi rambut.
Karamel: Karamel merupakan gula yang dipanaskan serta sering dijadikan produk gula-gula mahupun makanan. Karamel turut membekalkan khasiat untuk rambut, di mana ia berupaya memelihara kehalusan dan kelembapan rambut di samping membantu merapikan rambut yang kusut.
Cetrimonium Klorida: Bahan yang bersifat antiseptik ini berupaya mencegah serangan kuman dan bakteria sekaligus membantu melindungi ramuan di dalam produk ini daripada kerosakan.
Menthol: Minyak pati menthol yang diekstrak dari peppermint atau daun pudina ini merupakan antara ramuan semulajadi yang berupaya mengatasi masalah rambut gugur serta memelihara kelembapan rambut dan kulit kepala.
Butyrospermum Parkii (Shea Butter): Ramuan ini merupakan lemak yang diekstrak dari biji pokok Shea yang banyak terdapat di Afrika. Ia tinggi kandungan asid lemak yang berupaya memelihara kelembapan kulit kepala mahupun rambut di samping membantu merawat rambut dan kulit kepala yang rosak akibat pencemaran atau faktor-faktor lain.
Serbuk Arang: Arang bukan sahaja baik untuk gigi dan kulit, malah berupaya membantu anda memiliki rambut yang lebih lebat di samping mampu mengatasi masalah rambut gugur.
Betik (Carica Papaya): Selain baik untuk kecantikan kulit, betik turut kaya dengan nutrien yang berperanan memelihara kelembutan rambut di samping membantu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat dan kukuh. Betik juga mampu mengatasi masalah kelemumur dan rambut gugur, serta membantu menyingkirkan kotoran mahupun minyak dengan selamat, di samping menjadikan rambut anda lebih bersinar dan bermaya.
Imidazolidinyl Urea: Imidazolidinyl Urea adalah bahan pengawet yang membantu mencegah serangan bakteria daripada merosakkan ramuan di dalam produk ini.
Daun Neel (Indigofera Tinctoria): Daun neel telah digunakan sejak zaman dahulu sebagai bahan pewarna organik bagi menyerlahkan warna rambut di samping membantu mengatasi masalah rambut gugur. Di samping itu, daun neel juga berupaya mengekalkan kelembapan rambut serta merapikannya agar rambut anda lebih mudah
CARA PENGGUNAAN KRIM MAHKOTA RAMBUT BERHERBA & KOLAGEN
- Sapu dan ratakan pada rambut dan kulit kepala.
- Urut perlahan-lahan selama beberapa minit.
- Bilas sehingga bersih.
- Gunakan 1 hingga 2 kali sehari selepas mandi.
Kandungan 80ml
Post a Comment