Dnars Magic Two Way Cake keluaran Dnars diperkaya dengan minyak pati Babassu yang mampu mencegah masalah kulit kering, kusam dan berminyak di samping menjadikan tona kulit wajah anda tampil lebih sekata.
KEBAIKAN DNARS MAGIC TWO WAY CAKE
- Bertindak sebagai bedak asas dan bedak padat
- Membantu mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit
- Mengatasi masalah kulit kering, kusam dan berminyak
- Melindungi kulit wajah daripada pancaran radiasi UV
- Mengatasi masalah pigmentasi dan tona kulit yang tidak sekata
- Menutup kesan cela seperti jerawat, jeragat, parut dan bintik-bintik hitam
- Mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus pada wajah
- Menjadikan kulit wajah anda lebih gebu, anjal dan berseri
- Menyerlahkan keremajaan kulit
KANDUNGAN DNARS MAGIC TWO WAY CAKE
Titanium Dioxide (CI 77891): Sebatian sintetik yang turut dipanggil titania ini mudah menyerap ke dalam kulit dan berperanan menambah warna pada sesuatu produk serta melindungi kulit daripada kerosakan dan penuaan yang disebabkan oleh sinaran ultraungu (UV).
Mica (CI 77019): Mica merupakan sejenis bahan mineral yang berperanan sebagai pigmen atau bahan pewarna di dalam produk kosmetik. Ia mampu menambahkan sinar dan kilauan pada permukaan kulit di samping memelihara kehalusan kulit dan menaikkan seri kulit anda.
Lecithin Terhidrogenasi: Lecithin merupakan sejenis lemak yang terdiri daripada asid lemak, glycerol, asid fosforik, triglyceride, choline dan fosfolipid. Selain menjadi bahan penstabil dalam produk penjagaan diri, lecithin berupaya menggalakkan penyerapan nutrien ke dalam lapisan kulit dan mencegah pengoksidaan sel sekaligus membantu mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan kulit.
Methyl Methacrylate Crosspolymer: Sebatian polimer ini berperanan menyerap lebihan sebum atau minyak pada permukaan kulit sekaligus membantu mengawal penghasilan jerawat.
Sericite Mica: Bahan ini merupakan bahan asas yang membentuk tekstur bedak di samping membantu mengekalkan jangka hayat isi kandungan produk ini.
Silica Dimethicone Silylate: Ramuan ini bertindak sebagai agen anti-gumpal yang bertindak membentuk isi kandungan produk ini.
Crambe Abyssynica: Minyak pati yang diesktrak daripada tumbuhan ini bertindak melarutkan isi kandungan ini di samping berupaya mengekalkan kelembapan kulit wajah anda.
Phytosterol Ester: Ekstrak bunga ini bukan sahaja berperanan sebagai agen penebal bagi membentuk struktur kandungan produk penjagaan diri seperti krim pelembap mahupun syampu.
Magnesium Stearate: Magnesium stearate atau garam magnesium merupakan antara bahan yang sering digunakan dalam produk kosmetik. Ia mampu menangkis air dan menyerap lebihan minyak seterusnya membantu produk yang digunakan kekal lebih lama pada kulit terumanya kulit berminyak. Selain itu, magnesium stearate turut berupaya menyerlahkan seri kulit wajah di samping membantu mengekalkan kelembapan kulit.
Buah Jarak (Ricinus Communis): Minyak yang diesktrak dari biji buah jarak ini atau lebih dikenali sebagai minyak castor bukan sahaja baik untuk kulit, malah berupaya mengekalkan kelembapan dan kelembutan bibir di samping menjadikannya lebih mungil dan menawan.
Babassu (Orbignya Oleifera): Minyak pati Babassu yang kaya dengan kandungan vitamin E ini bertindak sebagai bagi membantu mengekalkan kelembapan kulit anda di samping berkesan untuk membantu meredakan masalah radang seperti eczema dan kegatalan.
CI 77499: CI 77499 atau black iron oxide yang terdiri daripada ferrous-ferric oksida ini merupakan sejenis pigmen yang berasaskan mineral bagi menambah warna merah ke dalam produk kosmetik.
CI 77492: CI 77492 atau yellow iron oxide merupakan sejenis pigmen yang berasaskan mineral bagi menambah warna kuning lemon ke dalam produk kosmetik.
CI 77491: CI 77491 atau red iron oxide merupakan sejenis pigmen yang berasaskan mineral bagi menambah warna merah ke dalam produk kosmetik.
Pewangi: Pewangi bertindak menambahkan aroma yang menyegarkan di samping membantu mengharumkan lagi kandungan produk ini.
CARA PENGGUNAAN DNARS MAGIC TWO WAY CAKE
- Tekapkan span pada Magic Two Way Cake.
- Sapu dan ratakan pada permukaan kulit wajah.
Post a Comment