Menu

Jtshopmarketing Jtshopmarketing Author
Title: Kopi Lu-Wak Doyok
Author: Jtshopmarketing
Rating 5 of 5 Des:
Pasaran rm29.90 promosi rm24.00 tidak termasuk postage Kopi Lu-Wak Doyok  merupakan minuman pracampuran yang diadun menggunakan biji kopi Ar...

Pasaran rm29.90 promosi rm24.00 tidak termasuk postage

Kopi Lu-Wak Doyok merupakan minuman pracampuran yang diadun menggunakan biji kopi Arabica bersama campuran kurma, jagung, pegaga, ginseng serta ginkgo biloba yang kaya dengan khasiat antioksidan dan pelbagai jenis nutrien untuk membantu anda memiliki tahap kesihatan dan kecergasan yang optima.

KHASIAT KOPI LU-WAK DOYOK

  • Meningkatkan tahap kecergasan jasmani
  • Mengawal paras kolestrol dan gula dalam darah
  • Memelihara kesihatan jantung
  • Mengawal tekanan dan peredaran darah
  • Melancarkan proses penghadaman
  • Membantu mengatasi masalah insomnia
  • Meningkatkan kepekaan minda dan daya tumpuan
  • Membantu meredakan tekanan
  • Mengatasi masalah kelesuan dan penyakit sendi
  • Menguatkan jisim tubuh termasuklah pada bahagian tulang, gigi, otot, tisu saraf dan sel kulit
  • Membantu mencegah proses penuaan
  • Menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh daripada jangkitan penyakit
  • Tinggi khasiat antioksidan, selenium, protein dan kalsium
  • Tidak akan menyebabkan alahan
  • Sesuai untuk lelaki dan wanita

KANDUNGAN KOPI LU-WAK DOYOK

Jagung: Protein, serat, folat dan asid amino yang menjadi intipati jagung berupaya menggalakkan fungsi antibodi seterusnya membantu mencegah penyakit, di samping meningkatkan metabolisme, melancarkan proses penghadaman serta mengurangkan tekanan darah tinggi.
Selain membantu menjana pembiakan bakteria baik di dalam usus yang mampu mengurangkan risiko radang usus, jagung tinggi kandungan antioksidan dari sumber phytonutrien di dalam jagung seperti anthocyanin, beta-carotene, lutein, asid vanillic dan asid ferulic berupaya mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular yang melibatkan bahagian jantung dan saluran darah.
Kopi Arabika: Biji kopi Arabika yang diperoleh dari spesis coffea arabica ternyata mempunyai rasa yang lebih enak dan lazat. Kopi tinggi kandungan antioksidan serta mengandungi khasiat dari sumber vitamin B-kompleks, potassium, mangan, magnesium dan niacin yang berupaya menyingkirkan toksin dari tubuh badan, meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan tubuh serta menggalakkan fungsi otak seterusnya meningkatkan daya tumpuan dan memori.
Kopi juga mampu meredakan tekanan, meningkatkan tahap metabolisme di samping membantu mengurangkan risiko serangan diabetes, strok dan kanser.
Koko: Koko kaya dengan khasiat dari sumber kalsium, Vitamin A dan karbohidrat serta tinggi kandungan antioksidan yang berperanan meneutralkan kesan radikal bebas, membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, menggalakkan pertumbuhan semula sel, memelihara kesihatan kulit, rambut, tulang, gigi dan penglihatan di samping membekalkan tenaga kepada tubuh badan, sistem saraf dan bahagian otak seterusnya menjana kecergasan dan kecerdasan minda.
Krimer: Krimer ini terhasil daripada susu lembu serta mengandungi karotenoid yang bukan sahaja berfungsi menambah rasa manis ke dalam minuman, malah berupaya mengurangkan risiko serangan kanser, menstabilkan tekanan darah, memelihara kecantikan kulit di samping membantu membekalkan nutrisi untuk kesihatan tubuh badan.
Madu: Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga dan terdiri daripada glukosa dan fruktosa yang berupaya membekalkan tenaga kepada tubuh badan.
Ia mengandungi vitamin B kompleks, magnesium, fosforus, mangan dan potassium yang berperanan memelihara kesihatan tulang dan gigi selain meningkatkan tahap metabolisme, menggalakkan fungsi otak dan sistem saraf, serta menstabilkan tekanan darah. Selain berupaya meningkatkan sistem imunisasi yang berperanan mencegah daripada penyakit seperti gout, alahan dan masalah sendi, madu turut bertindak sebagai agen antioksidan dan antiradang di samping membantu menggalakkan proses pemulihan luka dan memelihara kesihatan kulit.
Kurma: Kurma sememangnya kaya dengan kebaikan untuk memelihara kesihatan tubuh. Ia tinggi kandungan potassium, serat dan mangan yang berupaya memelihara sistem saraf dan jantung serta membantu melancarkan proses pencernaan. Manakala Vitamin B6 di dalam kurma pula berupaya menggalakkan penghantaran oksigen ke bahagian organ dalaman tubuh termasuk otak sekaligus membantu meningkatkan tahap tenaga di samping meningkatkan daya tumpuan dan memori serta membantu meredakan tekanan.
Ginseng: Herba yang mengandungi phytonutrien ini bersifat antioksidan yang berupaya menyingkirkan toksin dari tubuh badan, mencegah kerosakan sel di samping membantu melancarkan sistem pencernaan, merawat gangguan pernafasan, mencegah serangan kanser, meningkatkan tahap tenaga fizikal dan seksual di samping mengurangkan kadar kolestrol dan melancarkan peredaran darah.
Ginkgo Biloba: Ginkgo Biloba yang bersifat antioksidan ini telah digunakan selama 5 abad di China untuk melancarkan peredaran darah, membantu mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan. Selain itu, ia juga berupaya meredakan tekanan, mengatasi keletihan serta meningkatkan kecergasan tubuh badan.
Pegaga: Daun pegaga kaya dengan protein, gentian, zat besi, vitamin A dan Vitamin C yang berupaya menggalakkan fungsi antibodi untuk menentang serangan penyakit di samping meneutralkan radikal bebas, memelihara sistem saraf dan melancarkan peredaran darah sekaligus menggalakkan fungsi organ. Pegaga turut berupaya meredakan tekanan dan kemurungan, mengatasi kelesuan tubuh serta meningkatkan kecerdasan minda.
Acai Beri: Beri Acai bersifat antioksidan yang mampu mengurangkan kesan radikal bebas sekaligus membantu mencegah daripada penuaan dan kerosakan sel serta mengandungi EFA yang merupakan asid lemak yang mampu mengurangkan kolestrol LDL iaitu kolestrol yang jahat, sementara mengekalkan kolestrol baik ataupun HDL, sekaligus melancarkan peredaran darah.
Selain membantu mengatasi masalah senggugut, Acai berupaya meningkatkan tahap tenaga, menggalakkan kesuburan dan memelihara deria penglihatan serta membantu meredakan tekanan. Selain itu juga, Acai berupaya melindungi arteri, kapilari, pembuluh dan saluran darah dengan bantuan zat anthocyanin.
Gula: Selain menambah rasa manis ke dalam minuman, gula mempunyai kandungan kalori yang tinggi yang berperanan untuk meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan. Asid Glycolic yang terkandung dalam gula pula membantu mengekalkan kesihatan tubuh badan.

CARA PENGGUNAAN KOPI LU-WAK DOYOK

1. Campurkan 1 paket Kopi Lu-Wak Doyok ke dalam 100-150 ml air panas.
2. Kacau hingga sebati dan ia sedia untuk dinikmati.
3. Boleh diambil pada bila-bila masa.
4. Simpan di dalam suhu bilik.
Kandungan: 12 sachet

Advertisement

Post a Comment

 
Top